** sticky entry sepanjang Ramadhan ;)




Ramadhan tiba lagi ...

diharapkan zura x terlambat utk mengucapkan Selamat Berpuasa & Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat kawan2 semua ... semoga Ramadhan kali ni memberi keinsafan pada kita dan memberi kesempatan kepada kita sebagai hambaNya untuk memperbaiki diri kita supaya lebih baik, aminnn ...


Sabda Nabi (s.a.w): Diberi kepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya -


a) bau mulut org berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.


b) segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.


c) diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.


d) amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKU, AKU balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana AKU.


e) dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat (Al-Hadith) ~ sumber SINI





selamat berpuasa kawan2 ;)