BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts


pada sape2 yg tatau nak g mana wiken ni selain menyopingkan diri, moh le kite ke Matta Fair 2011 yang berlangsung pada 12 - 14 Ogos 2011, 10am - 9pm di PWTC, KL ...

Matta Fair ni setahun 2x diadakan, selalunye bulan 3 dan pastu bulan 8, mmg gitulah every year ... cume tarikh jer kdg2 x sama .. apa yg bestnyer Matta Fair ni??? zura penah g sekali masa tu bulan 8/2009 and time pose gak ... ada tiket masuk tp x igt bape hinggit ... masa tu Aina 7 bulan gitu, gigih pegi mmg ramai org tp nak jugak g sbbnye next yearnyer tu (2010) plan nak g bercuti ke Langkawi heheheh

sbnrnye depends pd org gak, ade yg ckp biase jer harganya tp ade yg MURAH!! cthnyer zura ni hehehe tp sungguhlah wehh zura g Langkawi ritu sekali ngan hotel+makan+pulau2+kete sewa+tiket feri g balik+tiket underwater world utk 2 org RM 300 lebih ... bg zura murahla sbb hotel tu bukan hotel tumpangan tp hotel 3.5 bintang ... ade kwn zura lasyear punye Matta Fair die sambar pakej g Indon, China & Sabah ... sume yg dia amik tu naik Mas hokey bukan Air Asia dan die cakap MURAH!!


hehehe yeye je kan entry zura ni tapi terpulangla kalo ade yg rasa nak survey2 pakej yg besh2 nak g mana2 hujung tahun ni ke tahun depan ke so silalah beramai2 ke Matta Fair 2011 ... zura??? ermmm rasa nak g gak kihkihkih



** korang selalu ke amik pakej kat mana2 agen selain kat Matta Fair ni??



tadi baca kat KOSMO, pastu rasa nak share ngan kawan2 skalian, yelahkan... kdg2 x sume berpeluang tau pasal benda ni so. jom tengok pe yang nak d share ini:





'Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.


1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.


2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.


3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.


4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya. Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.


5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.


6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.


7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.


8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan. Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?


9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan. Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.


10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.'

** betul ke kawan2?? penah ke berada disituasi yang begini yang memerlukan kite berbohong??


apalagi kawan2, jom kite serbu Expo yang bermula 26 - 28 November ni, banayak barang yang branded mended dijual dgn harga yg murah/berpatutan... jupe di sana!!

p/s: macamlah konfem benor zura g yer... hikhikhik

abis tu, x yah makan lah yer... kebiasaanye kaum wanita yg ramai risau pasal ni sbb rata2 kaum lelaki ramainye 'ada aku kisah' bab2 ni. isu ni timbul bile saya rasa ade org ckp 'nmpk berisi ye akk skrg'?? oppsss, betul ke?? berisi ke?? sgt berisi ke atau biasa2 je berisi???

huhuhu cmno nak wat ni ek, terus ckp kat mr.husband x mo dah mkn malam, mr.husband tanye betul ke x mkn mlm tu boleh menjaminkan kurus?? itulah yg menjadi persoalannye skrg, so nak share jugakla ngan kawan2 sekelian, kot2 boleh bg pendapat sampingan.. jadinye, saya pun trylah search sana sini psl kesahihan makan malam ni, betul ke punca kegemukan?? jeng3...




Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam. Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira samada semasa sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.

Namun begitu, makan malam seringkali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :

(a) Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati
makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih
banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.

(b) Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau waktu makan semasa di siang hari.
Melangkau (skipping) sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak
terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.

(c) Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan
selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan
dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang
dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.

(d) Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan
kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton
televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton
televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung
mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok
dan sebagainya.

Panduan makan malam yang sihat:

(1) Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan termasuk makan malam.
Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang
serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

(2) Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak pada setiap masa.
Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400- 500 kalori.

(3) Waktu makan malam yang ideal adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya
anda tidur lewat, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-
buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.

(4) Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan
makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan
menggangu tidur anda.

(5) Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa
banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.

(6) Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh
mengakibatkan gangguan tidur.

(7) Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang
kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong

antara fakta2 yang betul, jadinye boleh ikutlahkan?? kawan2 ada cadangan/faktor lain x?? hehehe manalah tau boleh share, sharing is caring

** pictures credit to google

Related Posts with Thumbnails

Pages