zura dah dapat adik ipar 25 Feb yg lepas, Alhamdulillah bertambah bilangan ahli keluarga kami.. tahniah pd adik n apiz.. kami ni 4 beradik je (sorang lelaki 3 pompuan) so kenduri kali ni zura mmg betul2 sibuk, Along dah sah2 uruskan hal lain so hal 'jaga' duit mak abah mmg zuranyer keje, bhgn door gift bagai pun zura jugak, Manje (adik bongsu) x leh nak ahrap sgt sbb jiwa muda asik nak sonok jer, wat2 keje jupe kwn lupe jap keje tu, zura menjerit baru smbg wat keje..

penat?? mmg sgt2 penat tp seronok sbb ni kenduri kedua keluarga kami, seronok sbb dpt adik ipar tambah lg keluarga kecil kami.. Jom layan gambar (nebes sbb ni 1st time zura combine2 gambar n jadilah cmni)..

Jumaat 25 Feb kul 3 adik pompuan zura (yg zura pggil adik) telah selamat ditunangkan ngan apiz, kul 3.30 meke dinikahkan oleh ayahanda kami En.Samsuddin Hashim dgn 2 kali lafaz adik sah jd milik Amirzul Hafiz.


hantaran dari pihak pompuan kpd lelaki.. kapkek yg zura tempah tu he3 serba purple sumenye sbb mmg tema yg dipilih.. (gambar hantaran pihak lelaki x dpt nak upload, ada teknikal prob)..


pemberian mas kahwin dr suami kpd isteri serta batal air sembahyang, suke tgk adik time ni sbb cantik sgttt, ayu jerk..

Sabtu 26 Feb, majlis dirumah pengantin pompuan (adik zuralah tu) ... tema kaler purple (kaler feveret adik dr dulu) so sah2 kami sekeluarga pun purple..



kami berdua dan bertiga... he3 sgt2 sibuk time tu smpi x dpt nak entertain sume org.. seblah aina tido sekejap so dptlah ibu 'berlari ke sana sini' wat keje..



paling suke time ni, acara mencalit kek kat muke org ;) ekceli xde dlm agenda pun dan antara kami2 je calit kek ni dan nak tau, pengantin (adik zuralah) yg start dulu, mangsa pertama ialah Manje (adik bongsu) yg kena then Mr.H tp x smpt nak snap gmbr Mr.H sbb kena dukung Aina time tu.. suke sgt sbb dpt 'kenakan' pengantin paling best sbb sbb tgh2 ramai org kan so mmg xleh lupe saat tu, adik ipar pun sgtlah sporting ;) Aina pun nak juga so adik2 zura calit jugalah muka Aina, cute sgt ;)


Ahad 27 Feb, bertandang ke rumah pengantin lelaki, kali ni tema hijau.. so sepakat sume pakai hijau.. x de jarak sgt pun tarikhnye sbb kat tapah jerk mmg kejap sgt perjalanan tu.


kami x lepaskan peluang nak abadikan saat2 besh ngan pengantin.. pengantin lelaki biasalah sempoi jer xde beria mcm pengantin pompuan, rasanye tu yg paling bagus kan simple+sempoi..


antara aksi Aina, sekitar kenduri tersebut... start dr Khamis 24 Feb) sampailah ke Selasa (2 Mac) sian kat Aina sbb ibu agak sibuk time tuh, maklumlah kakak yg sulong (adik bongsu zura marah ngan stetment zura tu : kakak yg sulong :wink: )


seronok sbnrnye kenduri kendara ni, selain dpt jupe sanak sedara yg jauh mmg merapatkan ikatan antara kite, jiran2 pun dtg menolong dan paling besh sbb dpt cuti lama.. dlm masa yg sama sedih pun ade sbb adik dah jd isteri org so mmg pasni nak kamceng2 pun mcm x syiok je tp adik ckp 'kite tetap adik badik' hu3 sedih.. agh doakan kamu berdua berbahagia hgga akhirhayat, aminn
**adik badik korang sume dah kawen ker??