korang penah makan x roti gulung?? ekceli ni mmg makanan feveret zura dan famili.. 1st time try masa bulan pose ritu tapi x b'kesempatan nak post kat blog sbb kelam kabut balik nak masak bagai nak tangkaplah nak b'bukelah lasnyer len2 kalilah wat entry pasal ni..
Resipi ni zura amik dr Kak Hanieliza, kawan zura yg rekemenkan.. yelahkan asik roti sosej jer intinyer sesekali kite try yg lain, bahan2 pun sonang sgt dan ofkos Aina pun suke.. bahan2 yg zura sediakan ni ikut citarasa zura tau, so kalau kawan2 rasa nak tambah lagi sayur2nye boleh juga..
Bahan2 asas:
roti sandwich secukupnya
telur [pukul]
breadcrumb
minyak untuk menggoreng]
Bahan2 Inti:
isi ayam [potong dadu kecil]
1 batang carrot [sagat/parut kasar]
1/2 lada benggala hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang halus]
1 pokok daun bawang [racik kasar]
1 s/b lada hitam [tumbuk halus]
2 s/b minyak garam
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lada hitam. Kacau rata. Masak sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, lada benggala dan garam. Kacau rata.
4. Bila dah masak masukkan tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau rata. Masukkan dalam mangkuk.
5. Roti digelek nipis. Letakkan inti dan gulung.
6. Celupkan gulungan roti dalam telur yg telah dipukul.
7. Golekkan dalam breadcrumb.
8. Gorengkan dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.
10 Hidangkan dengan sos cili.
inti yang telah dimasak... sedap sgt (he3 puji diri sendiri pulak yer)
masukkan inti seperti di dalam gambar di bawah ni ek..
dah gulung salutkan dgn breadcrumb pulak..
Gorengkannye, guna api yang sederhana supaya x hangus...
dah siap... taraaaa sedap dimakan time panas2...
kawan2 boleh try tau, zura wat ni Sabtu petang ritu... saje je wat minum2 petang hikhikhik
3 comments:
pe kate akk buat esok, n bg ain rase...klu sedap baru ain buat sendiri...hikhikhik
woh woh wohh..!! cam menarikk je nihh!!!
@cik af: nak wat time pg tu x leh janjilah dik, kelam kabut nak gulung bagai.. akk dah wat wiken ritu cume x t'hantar ke ain je.. he3 kalo akk dah publish kat sini sah2 sedaplah, sajelah tu 'malas' wat ek...
@*~IZAN~*: mmg menarik dan sedap sbb sesuai utk anak2 juga, try ye nati
Post a Comment