BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Salam kawan2 sumer.. hampir setengah hari kite berpuasa untuk tahun 2010 ni, cmne?? penat ke?? hehehe mcm budak2 pulak yer kalo penat.. x t'bayang bile Aina dah start pose nati cmnelah karenahnyer nati..

Bile dgr citer kwn2 yg ade anak yg dah start puasa, mcm2 seronok pun yer.. ada tu x penah pun makan b'suap tapi bile puasa tba2 tukar mode :makan b'suap: klakarkan?? ade tu time sahur ikut menu anak2, kalo anak tu nak makan ayam kenalah makan ayam, si ayah pun xlehlah nak komplen byk2 sgt sbb lg b'syukur rasanye asalkan anak nak puasa, tul x?? penah tu masa kat seremban, anak staff tu nak mkn nasi goreng tiap kali b'sahur tp b'bagai2 nasi gorenglah - nasi goreng biasa/kicap/cili api/pattaya dll.. hehehe ku kagum ngan akk tu sbb 'melayan' karenah anak2nye ngan baik skali.. tulah seorang ibukan, sanggup untuk sumer hal.. Bersahur ni mmg byk sgt kelebihannya w/pun x nmpk mata kasar tp pahalanye mmg banyak.. Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.

Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat .

Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya, iaitu:
1)Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa.
2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w.

Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.Ia juga salah satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi bagi mereka yang berniat untuk bersahur.

Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

So kawan2, jangan x sahur yer..pujuk anak2 supaya bersahur ek, layan je karenah mereka asalkan mereka b'sahur n puasa...



Giveaway ni dianjurkan oleh Ayu sempena anniversarynya yang ke 15 (tahniah!!) sehingga 20 Ogos 2010.

Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan ke dalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?
eheh.. sy mmg suke beg english style ni dan semestinye akan sy gunakan untuk diselangselikan ngan beg2 lain sekiranya keluar b'jalan2.. saya akan letakkan purse+HP+bedak+sapu tangan Aina+lipstick hehehe cantik tau beg tu =)

saya nak tag:
1) suhida
2)eda~ejai

Klik sini untuk sama2 menyertai!!

Jom join GA yang dianjurkan oleh Kelly's Life, 10 bloggers bertuah akan dapat apron yang tiut miut ni.. Klik sini untuk menyertai!!


Ramadhan datang lagi... Alhamdulillah kite diberi kesempatan untuk sama2 lagi melalui Ramadhan yg mulia ini... ku juga sendiri b'syukur diberi peluang untuk terus bernafas n melalui Ramadhan yg ke 22 tahun (seawal 6 tahun ku dah start posa)..

Ramadhan kali ni juga Ramadhan ke 3 ku sambut sebagai seorang isteri dan ke dua sebagai seorang ibu.. Ramdhan kali ni Ramadhan ke 2 ku teruskan aktiviti penyusuanku sementelah Aina telah pun berusia 1tahun 7bulan puasa kali ni. banyak sgt sebenarnya dosa2 yg sama ada ku sedar atau pun tidak sengaja ku lakukan.. Syukur padaNya mungkin Dia beri peluang untuk ku bertaubat sebelum tiba masanya..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Banyakkan kwn2 fadhilat Ramadhan yg mmg x patut kite lepaskan, selamat berpuasa ku ucapkan untuk semua kawan2 yg beragama Islam, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr yg sebelumnya... aminnnn


Jom join GA yang dianjurkan oleh MamaLyna yg mudah lg simple ni... klik sini untuk turut serta!!

Related Posts with Thumbnails

Pages