BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

abis tu, x yah makan lah yer... kebiasaanye kaum wanita yg ramai risau pasal ni sbb rata2 kaum lelaki ramainye 'ada aku kisah' bab2 ni. isu ni timbul bile saya rasa ade org ckp 'nmpk berisi ye akk skrg'?? oppsss, betul ke?? berisi ke?? sgt berisi ke atau biasa2 je berisi???

huhuhu cmno nak wat ni ek, terus ckp kat mr.husband x mo dah mkn malam, mr.husband tanye betul ke x mkn mlm tu boleh menjaminkan kurus?? itulah yg menjadi persoalannye skrg, so nak share jugakla ngan kawan2 sekelian, kot2 boleh bg pendapat sampingan.. jadinye, saya pun trylah search sana sini psl kesahihan makan malam ni, betul ke punca kegemukan?? jeng3...




Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam. Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira samada semasa sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.

Namun begitu, makan malam seringkali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :

(a) Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati
makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih
banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.

(b) Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau waktu makan semasa di siang hari.
Melangkau (skipping) sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak
terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.

(c) Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan
selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan
dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang
dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.

(d) Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan
kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton
televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton
televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung
mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok
dan sebagainya.

Panduan makan malam yang sihat:

(1) Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan termasuk makan malam.
Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang
serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

(2) Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak pada setiap masa.
Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400- 500 kalori.

(3) Waktu makan malam yang ideal adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya
anda tidur lewat, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-
buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.

(4) Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan
makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan
menggangu tidur anda.

(5) Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa
banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.

(6) Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh
mengakibatkan gangguan tidur.

(7) Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang
kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong

antara fakta2 yang betul, jadinye boleh ikutlahkan?? kawan2 ada cadangan/faktor lain x?? hehehe manalah tau boleh share, sharing is caring

** pictures credit to google

Jom join giveaway yang dianjurkan oleh ibudamia sempena hari lahirnya dan due date 7 nov ni, 7 hari je tau so cepat2lah kite sama2 join, klik sini ek!!

ekceli kisah terjadi masa 22 okt bulan lepas, saje nak share sbb smpi skrg terkenang2 enset tu.. hilang tu kat tempat saya, kat cubicle saya yg cantik ni hehehe selalunye xde masalah pun letak atas meja dah hampir setahun mcm tu jugaklah letaknye tp ntah napelah hari kejadian tu x mcm biasa, tau2 je hilang.. puas cari merata dlm kete (takut misplaced ke apa ke), dlm laci mcm2 tempat lagi, siap flash back lg keadaan cmne saya letak enset tu..

lasnye mmg ilang sbb terdetik hati nak kol nombor tu, 2x bunyi terus masuk voice mail, 3x try kol cmtu gak, umpamanye seolah2 'org' tu x reti nak off enset tu, then kawan2 try kol terus masuk voice mail.. huhuhu hancur luluh hati ni sbb yg pertamanye teringatkan gambar2 aina baaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaak sgt dalam tu.. sedih siap ternangis lagi

adussss, tatau nak wat cmne.. kwn2 suspek akk cleaner tp dah check bagai xde jugak, ntahla mungkin sbb dah b'pass sana sini kan tu yg x jupe, itu yg kwn2 cuba gtau, ntahla betul2 nak redho tapi terkenang2 sgt.. sayang sgt kan enset tu, x cdg nak tukar bia pun de jenama canggih manggih yg kuar..

cmnilah enset yg ilang tu, sebijik cmni, kaler pun yg ni jugak...adusss mmg t'kenang2 sgt2, skrg ni pki enset mr.husband dulu, mr.husband lak pki enset yg lama yg dah rosak sket jap2 off ngan sndirinyer w/pun dah tukar bateri. ritu siap mimpi lagi psl enset ni, saya and mr.husband berdoa siap solat hajat minta 'org' tu pulangkan semula, kalo 'die' xnak pulangkan enset pulangkan je memory kad yg de banyaaaak sgt gambar aina tuh... sedihhh sedihhhhh sgt.

Related Posts with Thumbnails

Pages